Baca dialog dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. atau
Dengar dengan Teliti Di sini
Shikin : Hai Izzati! Eh, sudah lama kita tidak berbual kan?
Izzati : Hai Shikin! Ya, betul tu. Amboi awak nampak cantik sekarang!
Shikin : Terima kasih, Izzati. Awak pun apa kurangnya. Eh, awak sedang buat apa tu?
Izzati : Saya sedang membaca tentang Perdana Menteri Malaysia kita yang ke 4, iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad.
Shikin : Wah, rajin sungguh awak ni. Boleh saya tahu tentang apa yang awak sudah baca?
Izzati : Boleh. Tun Dr.Mahathir Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925. Beliau juga digelar Dr.M dan nama
penanya Che Det.
Shikin : Oh, begitu rupanya. Apakah sumbangan beliau pada negara kita?
Izzati : Haa, untuk pengetahuan Shikin, ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981Sehingga 31 Oktober 2003,
beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala
lapisan masyarakat Malaysia.
Shikin : Wah, kagum sungguh saya terhadap kepimpinan Tun Dr.Mahathir Mohamad.
Izzati : Saya ingin menjadikan beliau sebagai idola saya.
Shikin : Saya pun begitu.
Boleh Muat Turun Di sini
No comments:
Post a Comment